MyStar adalah portal ePendidikan / eTuisyen secara online

"UBAH TEKNIK BELAJAR GUNAKAN PORTAL MYSTAR A"

MyStar adalah portal ePendidikan / eTuisyen yang terkini di Malaysia... dibangunkan oleh syarikat PuncakMas Marketing (100% bumiputera).
Ianya lebih MURAH... MUDAH dan TERKINI dari segi teknologinya demi memartabatkan ePendidikan di Malaysia.. sesuai untuk semua keluarga 1Nasional.


1Keluarga 1Portal ePendidikan

kelebihan portal ePendidikan MyStar:

+MyStar-A (untuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah)
+Mengandungi Kertas 2 (soalan-soalan subjektif)
+PERCUMA MyStar-B (eTadika / praSekolah utk 3tahun-6tahun)
+Video Tutorial (cara-cara menjawab soalan matematik)
+Nota-nota berbentuk FLASH (interaktif & mudah difahami)
+Hanya RM2.00/sehari untuk 1Keluarga (tiada bayaran tambahan untuk anak ke dua & seterusnya)


Friday, February 26, 2010

Info TERKINI BJIM USM

"Bersama Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. USM
Mulai Mac 2010"


p/s: Perhatian kepada rakan-rakan seperjuangan Team8848... pastinya Team8848 akan terus bersama PPPJJ USM dalam meneruskan agenda memartabatkan ePendidikan di Malaysia. Marilah kita mengorak langkah.. merancang kerja.. serta berkongsi Peluang Hebat ini bersama rakan-rakan lain di luar sana.

Thursday, February 25, 2010

MOTIVASI DIRI #1


Jati diri usahawan (ciri-ciri usahawan berjaya)
Kajian terhadap usahawaaan yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan.

Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemuai pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang rintangan

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum kepada usahawan yang telah berjaya:

DORONGAN DALAMAN

a. Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah prodiktif.

b. Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi pontensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan

c. Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari sikap negative seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d. Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e. Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan. Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.

f. Kemahiran berkomunikasi
Memang benar pepataah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah kunci merupakan ‘kunci kata’ kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g. Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.

p/s: akan bersambung

Info terkini BJIM USM

Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat E-Pembelajaran PPPJJ. USM

Majlis berlangsung di USM pada 23Februari 2010 baru-baru ini. Untuk tonton video rakaman Majlis Pelancaran... bolehlah layari Portal Rasmi BJIM.

*Kenali BJIM.. fungsi & peranannya kepada masyarakat. Klik di sini.

Monday, February 22, 2010

Laman Web Rasmi Pasukan oleh UniversitiSainsMalaysia


(klik gambar di atas untuk ke Laman Web Rasmi BJIM)

Laman Web Rasmi BJIM telah dilancarkan.
by Nazri. ( EL Admin ) - Saturday, 20 February 2010, 03:39 PM

"Dimaklumkan kepada semua pelajar dan warga staff PPPJJ, laman web Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) telah diaktifkan. Segala aktiviti kepakaran akademik PPPJJ bersama masyarakat akan diletakkan di web rasmi BJIM PPPJJ.
Urusetia e-learning BJIM PPPJJ amat mengalu - alukan penglibatan pelajar PPPJJ dalam mengembangkan kepakaran akademik PPPJJ kepada masyarakat.
"

p/s: Kepada Team8848... anda diminta sentiasa 'follow-up' website rasmi BJIM ini untuk mendapatkan info-info terkini PasukanUsahawanPendidikan 1Nasional

Sunday, February 21, 2010


Nantikan kemunculan 'BINTANG' di kAWASAN ANDA

Friday, February 19, 2010

Pengerusi Negeri / Daerah diperlukan SEGERA

Berita HEBAT!!!!

Pendaftaran agen-agen Negeri / Daerah untuk PasukanUsahawanPendidikan1Nasional masih dibuka sehingga hujung bulan Februari 2010 ini. Banyak kelebihan sebagai agen bersama kami kerana pasukan ini bekerjasama dengan Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat, PPPJJ USM dalam memartabatkan eLearning di Malaysia.
Rebutlah peluang untuk menjadi yang terawal.. sebagai PENGERUSI NEGERI / DAERAH kawasan anda.
Sila email maklumat anda ke leader8848@ymail.com
1.Nama penuh seperti dalam ic
2.Nombor ic
3.Nombor handpone
4.Negeri / Daerah cadangan

Alhamdulillah... pada hari ini 19Februari2010.. lahirnya blog rasmi team8848... http://www.eLearning4AnakBijak.blogspot.com/ ini.

Insyaallah kami akan sentiasa update n3 dalam blog ini bagi membantu team8848 memartabatkan pendidikan anakbangsa.


"Impian Anda Misi Kami"