MyStar adalah portal ePendidikan / eTuisyen secara online

"UBAH TEKNIK BELAJAR GUNAKAN PORTAL MYSTAR A"

MyStar adalah portal ePendidikan / eTuisyen yang terkini di Malaysia... dibangunkan oleh syarikat PuncakMas Marketing (100% bumiputera).
Ianya lebih MURAH... MUDAH dan TERKINI dari segi teknologinya demi memartabatkan ePendidikan di Malaysia.. sesuai untuk semua keluarga 1Nasional.


1Keluarga 1Portal ePendidikan

kelebihan portal ePendidikan MyStar:

+MyStar-A (untuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah)
+Mengandungi Kertas 2 (soalan-soalan subjektif)
+PERCUMA MyStar-B (eTadika / praSekolah utk 3tahun-6tahun)
+Video Tutorial (cara-cara menjawab soalan matematik)
+Nota-nota berbentuk FLASH (interaktif & mudah difahami)
+Hanya RM2.00/sehari untuk 1Keluarga (tiada bayaran tambahan untuk anak ke dua & seterusnya)


Wednesday, May 5, 2010

MYSTAR-B, Portal e-Tadika Akan Di NaikTaraf



Berita gembira untuk adik-adik 3-6tahun... Portal e-Tadika, MYSTAR-B akan dinaiktaraf tidak lama lagi. Dimaklumkan MYSTAR-B akan lebih menarik... interaktif & menyeronokkan untuk adik-adik semua.
Adik-adik dapat mula menggunakan e-Tadika MYSTAR-B TERBARU yang telah dinakitaraf bermula pada tarikh cadangan 15 hb Mei 2010 (Sabtu) ini.
Berita Gembira untuk semua... tiada bayaran tambahan... ianya kekal PERCUMA untuk setiap anak.

Seminar Lipat Ganda M.L.M oleh Irfan Khairi

Salam ukhwah...

Alhamdulillah... saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Lipat Ganda M.L.M oleh Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi pada 2Mei 2010, bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur.



InsyaAllah... saya akan kongsikan ilmu n tips ini bersama rakan-rakan semua. Bersama kita Memartabatkan Pendidikan AnakBangsa.

Monday, March 22, 2010

Beberapa tips yang saya perolehi dan rumuskan hasil dari perbincangan dengan guru-guru disekolah, pencarian maklumat di internet dan sebagainya.

Berikut adalah diantara tips tersebut:

i) - Mula mengajar anak anda membaca ketika usianya bayi.
ii) - Pilih masa yang sesuai dan kerap.
iii) - Biarkan anak anda memilih buku kegemarannya.
iv) - Berinteraksi dengan baik semasa anak sedang membaca.
v) - Galakkan ahli keluarga untuk menolong.

Thursday, March 11, 2010

RoadShow MyStar @ Bangi

Dimaklumkan Syarikat PuncakMas akan mengadakan preview MyStar di Bangi seperti berikut:

Tarikh: 12 Mac 2010 (jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Pusat Khidmat Mystar Bangi, Seksyen 7 Bangi (sila rujuk alamat penuh di website rasmi puncakmas http://www.infopuncakmas.com

Kepada agen-agen boleh la mengambil kesempatan ini untuk membawa downline / prospek / kenalan ke preview dari HQ tersebut. Dapatkan ilmu dan berjumpa sendiri dengan president / founder MyStar. Terima Kasih

JUMPA ANDA DI SANA

Friday, March 5, 2010

MyStar round 1Malaysia

Syarikat PuncakMas Marketing sedang menjelajah 1Malaysia... berjumpa dengan semua agen dan bakal pengguna MyStar. Memberi preview MyStar dan info-info terkini perkembangan syarikat.

Jelajah @ Shah Alam... di Kelab ShahAlam Seksyen13 telah berlangsung pada 9malam 3Mac2010 baru-baru ni. HEBAT... banyak info terkini diperolehi. Terima kasih kepada rakan-rakan usahawan, Khairuni8848, Wan8848, Honey8848, Akmars8848 dan Sazlin8848 kerana meluangkan masa bersama-sama ke perjumpaan julungkali bersama President MyStar.

Bagi agen-agen di sekitar Kuantan... jangan lupa hadirkan diri pada malam ini 5Mac2010, 9malam bertempat di Hotel MegaView,Kuantan. Saksi dan dengar sendiri amanat dari President MyStar... banyak info terkini dan motivasi bakal di perolehi.


Friday, February 26, 2010

Info TERKINI BJIM USM

"Bersama Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. USM
Mulai Mac 2010"


p/s: Perhatian kepada rakan-rakan seperjuangan Team8848... pastinya Team8848 akan terus bersama PPPJJ USM dalam meneruskan agenda memartabatkan ePendidikan di Malaysia. Marilah kita mengorak langkah.. merancang kerja.. serta berkongsi Peluang Hebat ini bersama rakan-rakan lain di luar sana.

Thursday, February 25, 2010

MOTIVASI DIRI #1


Jati diri usahawan (ciri-ciri usahawan berjaya)
Kajian terhadap usahawaaan yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan.

Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemuai pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang rintangan

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum kepada usahawan yang telah berjaya:

DORONGAN DALAMAN

a. Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah prodiktif.

b. Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi pontensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan

c. Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari sikap negative seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d. Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e. Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan. Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.

f. Kemahiran berkomunikasi
Memang benar pepataah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah kunci merupakan ‘kunci kata’ kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g. Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.

p/s: akan bersambung